Monday 7 December 2015

0
Komen
Persiapan Menjelang KL New Year Run 2016




Assalamualaikum & Salam Seluruh Pelusuk Dunia...

Debaran kian dirasakan menjelang tahun baru 2016 ni. Yelakan, Bukan debaran nak berlari ni je, serabut nak menyambut umur baru lagi..... Betul ke umur aku dah macam ni...cepatnye masa berlalu...Aku rindu zaman remaja, zaman tu la yang paling enjoy, Duit tak perlu cari, bini tak perlu cari, hidup hanya Enjoy....huhuhu.

          Macam biasa la, persiapan untuk larian nanti dengan berjogging je la petang - petang di Tasik Proton City. Sukan sampingan pun aku dah kurang main macam futsal, badminton dan bola sepak sebab geng-geng semua dah slow...cuma tinggal badminton je la kadang - kadang ada main seminggu sekali..

          Cuaca sekarang ni faham -faham la..lagi2 duduk dekat dengan Banjaran Titiwangsa, memang kawasan tadahan hujan ler...Asal hujan je petang, asal petang je hujan..huhu... Nak pergi Gym pulak faham2 ler....Kos....Gym sekarang pun kalau ahli dah RM70 kalau untuk sekali main pulak RM 7.00...


Mari kita lihat keindahan Tasik Proton City

Google
Pemandangan memang cantik dekat sini..Tapi selalu kalau
petang2 penuh orang dekat laluan ni berjalan buat macam
jalan sendiri.Nak jogging pun susah..huhu

 Google
Anggaran keluasan TasikProton City ni 1.5KM...Boleh la buat Training untuk
lari disamping cuci mata usha Awek Upsi...Untung2 sangkut.,.Auuummmm...


Macam biasa la, Selepas jogging ada la exercise tambahan
macam skipping, pumping,hanging untuk menguatkan tangan
kaki,badan dan meninggikan..Boleh tinggi lagi ke??haha
Kalau la aku tinggi sikit kan sedap...


         Aku seorang yang sangat suka bersukan, tak kira la Hiking ke Bolasepak, Futsal, Run 10KM, Jogging or benda lasak2 ni semua fevret aku..huhu..Dan aku sangat benci kepada asap, tak kira la asap tu asap bakar sampah ke, asap kenderaan ke,jerebu ke dan seangkatan dengannya lagi2 rokok, vape atau shisha....Lepak dekat kedai makan hembus konon2 orang boleh rasa nikmat macam die..huhu....Panjang pulak aku membebel...sampai disini saje coretan luahan isi hati aku ni,,haha..

Bersambung lagi,,,

Tata.............

#Kipi DAP!!!
       

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

0 comments: