Thursday 17 December 2015

0
Komen
Bukit Kutu Ketinggian 1053 Meter



Salam bahagia buat pengunjung - pengunjung blog ni..

Pada hari ahad baru -baru ni aku pergi Bukit Kutu yang terletak di Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Banyak tempat -tempat menarik terdapat dikawasan ni antaranya seperti Santuari Ikan Sungai Chilling, Empangan KKB, Lata Medang, Bukit Fraser.. Ni antara yang aku tahu la...tak tau la mungkin ada banyak tempat lain lagi yang menarik area sini...

Bertolak pukul 9.20 pagi, memang takde orang pun yang naik dah time2 macam ni...huhu... Coboy je berdua dengan member aku Hiking Bukit Kutu..Memang kali ni gila2 punya, siap berlari, kalau naik bukit pulak siap push lagi..berhenti pun kejap2 lepas naik bukit...semuanya hanya 1 minit...Pukul 10.50 kami sampai di Batu Tedung untuk berehat, memang struggle gile.. Selalunya Para2 hikers ni mesti akan berhenti di Batu Tedung ini untuk mengambil gambar, dengan batunya yang sangat besar, anggaran sebesar sebuah rumah..huhu...Kami berehat di Batu Tedung dalam 10 minit, itulah rehat yang paling lama bagi kami semasa mendaki... Jam 11am Pendakian diteruskan dengan lajunya sehingga mengambil masa 40 minit sahaja untuk sampai ke Puncak..huhu...11.40 kami tiba di Puncak....Perghh pemandangan yang Indah, ditambah pulak dengan Penyeri - penyeri yang jugak ada di atas..huhu..Apa lagi....berkenalan la...untung2 jodoh...hahaha...Minat dah la minat yang sama..ok la tu....

Jom Layan Gambar

Laluan Bukit Kutu yang agak licin sebab
malam tu hujan sangat lebat..

Nak meredah bukit ni yang barai giler..
huhu..ade akar2 ni tak licin sanga..

 
Tempat yang wajib singah oleh pendaki2..
Batu Tedung!

Masa tgh rehat tau2 muncul kelibat En.Anjing..
Sangat Sopan beliau..Bagi roti buat upah teman
Hiking sampai atas.. Jangan risau, anjing ni memang
akan teman anda Hiking...

Tinggalan Sejarah, kawasan rumah Brtish,
 tempat pemanas sebab kat atas ni sejuk.

Yeahh Finally sampai jugak kat Puncak..
Ketinggiannya 1053 meter, memang agak tinggi la..

Sampai diatas puncak menikmati keindahan Alam
semulajadi dengan penyeri2..hehe..

 Aku hanya mampu naik dekat batu pertama je, 
sebab tangga dia berikat..Gayatt beb!

Tudiaaa Kabus, sekali dia datang, menggigil habaq hang.
sejukk!!

Ngeri giler nak panjat tangga ni, dah la tegak, senget plk tu...
ketaq lutut..tengok pompuan2 naik slumber je..
xde perasaan gayat ke diorang...huhu


Sampai disini saja Coretan kongsian aku hari ni..Next Destination, Gunung Liang 
bersamaan 1995 meter (Daypack), lagi tinggi dari yang ni..
20.12.2015 ni..Jom la Join....hehehe




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Post a Comment

0 comments: