Monday 22 December 2014

0
Komen
Jom layan Mee Udang Berasap Sungai Baru! Kuala Kurau



Assalamualaikum & Salam 1 Dunia!

Baru- baru ni aku balik kampung sebab ada kenduri sepupu di Parit Buntar, Perak. Bila balik kampung je aku mesti terbayang nak pegi Ban Pecah, tapi aku dah lupa jalan la..lagi pun jalannya terlalu sempit, sesuai masuk dengan menggunakan motorsikal.

Setelah selesai pergi kenduri tadi, aku terus ke Tanjung Piandang untuk mencari lokasi Ban Pecah tersebut. Perjalanan dari Parit Buntar ke Tanjung Piandang jaraknya lebih kurang 20km. Perjalanan yang begitu menarik di sepanjang jalan dengan sawah padi yang menghijau. Last sekali termasuk lorong mana ntah, habis berselut kereta..huhuhu....Lepastu aku pun keluar la balik, malas nak cari dah..

Aku saja jalan lagi, jalan menghala ke Kuala Kurau...Sambil ronda - ronda melihat pemandangan, ternampak satu kedai yang orang tidak putus- putus datang..lepas tu aku pun try cuba test Mee Udang + Sotong kat situ...memang Lazat habaq hang..berasap - asap..............

Yang buat aku kagum, Mee udang ke mee ketam ke dia hantar dalam claypot mcm sizzling punye claypot siap meletop- letop lagi...Udang dia pulak punya rangup, berbeza dari mee udang yang aku pernah makan dekat tempat - tempat lain, macam mee udang Mak Jah, Taiping, Mee Udang Bagan Nakhoda Omar ( BNO ) dan Mee Udang Banjir Tanjung Karang..Aku rasa Mee Udang Berasap Kak Rose ni lebih mantap la...Selera aku ler,,selera korang tak tau pulak macam mana..huhu...

Antara menu Special yang di sediakan di Kedai Kak Ros adalah : -

1. Mee Udang
2. Mee Ketam
3. Mee Sotong
                                                                     4. ABC
                                                                     5. Laici Kang kang..... 

Mcm2 lagi lah yang ada..Cuba dulu baru taw..hehe..
  1. Harga biasa lah...ikut tempat...tapi pastikan anda tiada heart attack..takut tiba2 harga lucah plk...hahaha.... 

Sesiapa yang balik kampung atau ke Parit Buntar boleh lah
datang mencuba Mee Udang Berasap Kak Rose..Terbaekkkkk!!

 
Masa pekerjanya hantar Mee Udang ni pun dah kagum,
meletup2 dengan berasap....huhu


Ni Mee Udang + Sotong yang aku order..RM 21.50 sekali
Teh O panas..kikiki...Tapi Puas hati la, Sotong besar-besar
6 ekor, Udang besar2 6 ekor Fresh!!


Ni Mee Ketam.... Meleleh..Aku suka ketam tapi malas
nak kopek kulitnya..huhu

 
Orang ramai berpusu -pusu datang...Layan petang2 bestt...


ni la kedai Kak Rose tu...Betul2 tepi jalan..
nak parking keretapun senang..kawasan luas..


Kalau lalu nampak signboard ni, dibelah kanan kedainya.


Dari Tanjung Piandang

Kepada anda yang nak mencuba tu boleh la cari dekat dengan Tanjung Piandang..Selalu petang - petang ramai orang..time tu syok makan, dengan hembusan angin lautnya memang feel...hehe..

Selamat Mencuba....






Wednesday 17 December 2014

0
Komen
Siaran Langsung Malaysia Vs Thailand 17 Dis 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera....


Hye Apa khabar peminat - peminat Harimau Malaya!


Debaran yang kuat semakin di rasai oleh Penyokong Malaysia dan Thailand.. Di jangka perlawanan akan menjadi terlalu sengit sekali di antara kedua - dua pasukan. Berita gumbira seluruh alam Malaysia termasuk Sabahan & Sarawakian apabila dikhabarkan Pablo Dollah bahawa anak saudara sebelah jiran sebelahnya iaitu Safee Balqis sudah terlalu cergas dan bersedia untuk bermain final ini (malam ni la) dengan 20 hari bulan nanti.


Dengar sahaja nama Sapfee Balqis, Seluruh dunia bolasepak terkencing dengan kehebatan beliau yang aktif di padang Mat sirat! Balotelli yang bermain di Kelab Liverpool juga mengakui kehebatannya apatah lagi rakyat Malaysia..... Dah tahu keputusannya jika safee Balqis ( SYM) main..mesti 5 - 0 .........Great!!!


Apapun kita tunggu sahaja pemain - pemain Malaysia yang akan beraksi pada malam ini samada anak saudara Pablo Dollah iaitu Safee Balqis ataupun pemain yang sama seperti menentang Vietnam di Stadium MYDIN tempoh hari!

Go Harimau Malaya!!!

Luaskan Jajahanmu sehingga ke World Cup
  





Yeahhh!! Korang nampak tak taring Harimau Malaya!
 Mohon pihak lawan gerun serta merta!!!!!!!!
Amaran keras!!!


Google

Perlawanan sengit pada malam ini.. Sama- sama la kita
 ke kedai mamak order teh tarik & Mee Goreng mamak
 (Jimat dari tiket mahal)   Kenyang plk tu!!! hahaha...
  

Google
Selamanya Harimau Malaya!!!
 Auummmm!!!


Google
 Skuad Malaysia harapan Pablo dan Rakyat Malaysia redha...


Google
Skuad Thailand!!!

 


Google
Nyaaauummmmm!!!


Google

 

Dah final ni janganlah Meow2 lagi!!
 Biarlah mengaummm di Stadium lawan nanti!!!


Kesimpulannya Peminat-peminat Harimau Malaya sedang berteka teki
 siapakah yang akan bermain pada malam ini dan 20 haribulan nanti????
 kalau di Sepanyol, mereka mengamalkan Tiki Taka!


 Go! GO! Go! Harimau Malaya!!!!

Auuuummmmm!!!