Friday 2 August 2013

0
Komen
Berbuka Puasa di E-Place



Assalamualaikum dah Salam Ramadhan yang penuh keberkatan ni...

Di pagi mulia hari Jumaat ni, saje je nak kongsikan sikit pasal berbuka puasa semalam.
Semalam dan Plan dah nak pergi berbuka puasa dengan member - member tempat kerja.. Aku ,Baloi Nurul...Kami semua keluar lambat dari tempat kerja..Kami keluar dalam pukul 6.00pm.. Sementara nak keluar tu sampai kat E- Place pukul 7.. Nampak meja macam kosong...Bila masuk tengok semua dah reserve..Penuh.... Pergi ke cawangan sebelah die Easy Cafe, Penuh Jugak....Lepas tu ingat nak pergi KFC drive thrue kat BHP, penuh juga....

Arghh jam dah pukul 7.15..Tak puas hati, pergi dekat KFC pekan plk..Melimpah ruah manusia dari atas sampai bawah.... Selalu dulu mcm xde orang jer bukak puasa kt kedai - kedai makan... Lepas tu alang - alang dah 7.25pm ingat nak pergi kedai biase je yang dekat - dekat tu..Lepas tu pergi la dekat P-YOOR .... sambil tu usha jugak kedai Dapur Siam..Penuh....P-YOOR pun penuh.....

Arhhh tak boleh jadi nih...Last - last berbuka dekat P-YOOR jugak..Tapi atas motor jer ngn member 2 orang..Yang sorang lagi kena balik sebab nak ambil ayah die...Orang tengok jer...huhu cian...bukak pose minum air kotak coklat dutchlady jer.. Hurmm alang - alang tak dapat makan...Tunggu lama sikit lepas tu pergi balik ke E-Place tadi... memang Meriah kat sane...Cuci mata sakan...ciap ade artist lagi...Anzalna Nasir...Cunnnn...hihi...First time makan kt E-Place ni, Menu die nampak macam menarik..


  Restoran E-Place

  Ni Mr. Baloi yang hansome lagi bergaya...

Ni aku ler..Tan Sri Ajiez..Nama Glamour aku..hihii..
Awek belakang tu cun jugakkkk.

 Ni Menu yang kami order, Lemon-T & Air Belimbing besi kot.
masam tak ingat...hihi

BIG BOSS FRIED RICE
RM 12.00

SPECIAL FRIED FRIES RM12.00
Beza die ayam die sekali dengan black papper..Aku punyer
takder black papper..tapi die bagi dalam mangkuk...


Makan dekat kafe macam ni memang puas hati la walaupun mahal..Bagi orang 
biasa macam aku ni, Sekali sekala makan boleh la...Kasar harga..hahha...
Picture sumber daripada my Samsung Galaxy S4 aku hihi...
Tu jela yang dapat nak dikongsikan...huhu...

Sekian.........





Thursday 1 August 2013

0
Komen
Majlis Berbuka Puasa di Garden Seafood



Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Hari ni nak share keseronokan Majlis Berbuka Puasa bersama- sama rakan sekerja termasuk Bos Dan Edar. Berbuka puasa dekat Garden Seafood, perghhh...dah la first time makan dekat situ...Order makan untuk 12 orang pun dekat RM 400 jugak la.Tapi makanan Tiptop la..huhuhu..

Ramai orang berbuka puasa kt situ..Kebanyakannya Bos - bos Proton dengan vendor - vendor yang ade jemputan berbuka puasa kt situ..
Antara menu die

Siakap 3 rasa 4 ekor
Tomyam Campur 1 Mangkuk Besar
Sotong Goreng Tepung
Udang Goreng Tepung
Nasi 4 Mangkuk Besar
Jus Tembikai dan Jus Jambu..
Sayur Kailan ( Batang besar2..xpotong..haha)

Garden Seafood Tg. Malim

 
Ni lahh Kedainya, bersebelahan dengan
Pusat Service Toyota.

 
Ikan Siakap 3 Rasa...Boleh tahan sedap...

Sayur Kailan..Batang die tak ingat..besar - besar...
Malas nak potong kot..huhuhu

 Sayur Kailan..Batang die tak ingat..besar - besar...
Malas nak potong kot..huhuhu

 Udang Goreng Tepung & Sotong Goreng Tepung..
Perghh cedap

Kempunan tak dapat makan sotong nih..huhu..
order 1 pinggan jer mane cukup untuk 12 orang...

Siakap 3 Rasa

Tom Yam Campur.. ( Boleh la )

 
Yg tgh cedok tu my Boss..Tegas Orangnya.
orang Melaka..

Miera,Nurul,Jajah,Dora..


Huhh..Selesai...... Masing- masing dah kenyang..Bos- bos pun dah balik..
Sedih kereta bru lepas kena Calar..hihiih... Adela tu budak yang tak puas hati sebab kena show cause letter.

Sampai disini je la Coretan aku di bulan Ramadhan ni..
Minggu depan dah nak raya.. Baju raya pun tak beli lagi..ingat nak beli Sabtu nih..Nk pegi Shopping kt KL.. 
Sekian..Salam Ramadhan & Maaf Zahir Batin...







Monday 22 July 2013

0
Komen
Berbuka Puasa Bersama Cik Bab ( Mek Klate )

Assalamualaikum....Selamat menyambut Ramadhan
 Al mubarak yang mulia ini...


Hurmmmmm.........dah lama dah xupdate blog nih...nak kena bersihkan balik sawang- sawang yang ada untuk raya nanti..hihi....kali ni saya nak post pasat buka puasa dengan Mek Klate nih yang comel nih..Time ni datang melawat beliau di Tapah..Beliau Praktikal mengajar di Sek.Men. Buyung Adil, Tapah, Perak.Time ni datang petang saja untuk berbuka puasa sekali..lepak kedai Sufian ni...makanan cdp jugak walaupun kedai Klate or Siam ntah..huhu.. Berbuka puasa, Cik Bab order nasi putih dan Tomyan daging...
mula- mula die nak order tomyam campur tapi saya tak bagi sebab die selesema. Tomyam campur ada udang, sotong nanti lagi teruk selsema.huhu...saya pulak order 
Nasi Goreng Sotong, Sayur Kailan Ikan Masin dan Telur Mata...Perghhhh cedap giler..........

Jom Tgok Picture :)

Sementara menanti berbuka puasa, Posing dulu..hihi







Hurmm xtaw nak tulis ape dah...saje je nak memeriahkan
balik Blog yang dah sunyi nih...huhuhu... Ikutkan banyak lagi yang nak post..Tapi masa tidak mengizinkan... Cukup setakat ini saja coretan saya...sekian terima kasih......
Peace Yo!!! Assalamualaikum....




Wednesday 27 February 2013

2
Komen
Persamaan Wajah Nelydia Senrose

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama dah tak update blog nih..dah nak kena sapu balik sawang - sawang kt blog nih...hihihi..Hari ni saje nak pose gambar awek kesayangan saya ni.. Nelydia Senrose / Ersalina dalam Setia hujung nyawa.. Dengan wajahnya yang comel,gaya yang manja..sungguh terpesona aku dengannya yang ala - ala Pretty Zinta dan Agness Monica..huhuhu...

Bila dah taksub kat dia mula la semua muka nak sama dengan Ersalina ni..huhu
Ada beberapa gambar artist yang aku tengok iras - iras muka dia...Ni bagi aku la, pandangan korang pulak tak tau la macam manakan..huhu 
Jom Layann Gambar.....

SETIA HUJUNG NYAWA

 Antara Pelakon - Pelakon Comel Setia Hujung Nyawa...

Comelnyer Nelydia ni dengan Manjanya.
( Doktor Suria ni pun tgok bleh tahan jugak..hihihi)

Ni pulak sapa dia kalau korang tau?hihi..Ni Agnes
Monica..Muka dia pun nampak macam ala- ala
Ersalina saya pun ada..hhihi

Sooooo Sweeeeetttttt @@)

Agnes Monica ni

Saiyaa ta kuat awaaaaa.....

Wahh Comelnye..naik motor pulak die.
Sekali imbas ala2 Maya Karin pun ade..

Ade iras - iras tak?

Dengan Zain Hakimi tak Sesuai..
Kalau Dengan Tan Sri Ajiez baru Sesuai..huhu..

Okla..I have no idea dah..Cukup sampai disini sahaja coretan saya pada hari ini
komen - komen la ye pada yang baca...ngeeeee @@)




Wednesday 30 January 2013

2
Komen
Mari Belajar Fotografi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ

Hari ni aku nk update blog ni pasal kamera pulak...aku nak belikan kamera
DSLR boss aku Canon 1100D...ok tak? aku dh test boleh tahanjugak gambar die..
tapi aku tengah pening sekarang ni nak pilih lense yangori ataupun lense Tamron...
Lense Tamron tu xori..made china..tapi mahal jugak..aku tgok resit bos aku beli termasuk
UV filter RM 1060..  perghh...yang Tamron ni 19-200mm.Boleh Zoom jauh tu yang syok...

tapi kalau di compare dengan Lense standard Cannon 18-55mm clear lagi yang
standard nih...lense yang standard ni kualiti die lebih la...tapi xleh zoom jauh plk..kalau
aku nk angkat dua2 kena tambah lagi RM300 plk..sekarang ni die tolak kat aku harga
murah RM 1000.....hurmm mcm mane eh.....



Ni kamera Canon 1100D yang aku dah beli kat Boss aku..
Tengok condition die ok lagi la walaupun second...

Kacak tak kamera ni..huhuhu..dapat jugak aku pakai DSLR...


lagi gambar...

Lense standard Cannon ( Original )..
.aku tgh pening nak ambik Lense ni ataupun Tamron...

 
Inilah Lense Tamron ( made in China )..
18-200mm..tapi gambar cantik jugak..
Tapi lagi cantik gambar guna lense standard...18-55mm..
Ada orang suggest suruh aku ambik Lense Original Canon tu..


 
Ni kamera Nikon plk..ade yang suka pakai Nikon, ade yag suka pakai Cannon.
.Tak taw la mana satu yang terbaik masing2 ada kelebihan dan kekurangan..
Nikon ni orang kata xbrapa bnyk sparepart dia..harga berganda..

Apa pendapat anda dengan Nikon???

Masing- masing ada kelebihan dan kekurangan..aku hrap aku dapat buat pilihan
yang tepat...@@)..harap2 jangan la aku jadi giler gambar..sebab harga lense
die nangis woooo kalau nak yang gambar lawa..macam nak tangkap gambar bunga
apa suma kena pakai lense macro plk..beribu lagi nak beli..huhuhu...
Akhir sekali kalau ada info yang salah dari aku ataupun ada info2 yang lebih tepat.
.sharing2 lah yer....sampai disini saja coretan gue pada hari ini...


Sekian..Assalamualaikum W.B.H....


Monday 28 January 2013

2
Komen
Penamat Silat Besar-Besaran di Proton CIty

Majlis Penamat Silat bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia



Assalamualaikum..

            Syukur alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk menjayakan majlis penamat besar- besaran ini.Semuanya berjalan dengan lancar. Penamat silat besar-besaran ini menggabungkan semua gelanggang bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia.Antara senarai gelanggang Pertubuhan adalah, Ibu Gelanggang Proton City ( tempat saya belajar silat ), Gelanggang Behrang Stesyen,Gelanggang Maahad Tahfiz Behrang Stesyen, Gelanggang Behrang 2020,Gelanggang Felda Sungai Behrang ( Gelanggang saya dan Gelanggang Cikgu Syafiq serta Cikgu Eikin yg datang membantu) Gelanggang SKTM,dan akhir sekali Ibu Gelanggang Selangor, Pasir Putih, Kalumpang dibawah pimpinan Cikgu Hasnol... Kenangan ini memang tidak dapat ku lupakan.suka dan duka perjuangan ini untuk meneruskan warisan melayu serta berkonsepkan Bersilat dan Berdakwah....


Ni Mesyuarat dekat rumah Datok Mahaguru. Mesyuarat
Terakhir tentang penamat silat besar besaran yang akan
 diadakan pada 26/01/2013.Mesyuarat ini
 pada hari isnin 21/01/2013.

Aku sebagai Penolong Setiausaha Pertubuhan..
.sedang memerah otak..huhu

Suasana pada petang Sabtu sebelum tibanya malam bersejarah
majlis tersebut.Datuk Mahaguru sedang memberi
arahan pada aku...(Xingat arahan apa) huhu...

Buku Program dan Kad Jemputan hasil daripada aku
 Penolong S/U dan Cikgu Eikin Setiausaha.Lepas ni
siapa-siapa nak buat kad jemputan kahwin ker bagi aku.
.dah taw step..cantik tak seperti gambar diatas... @@) huhuhu...

 Akhirnya malam yang dinanti telah pun tiba... Tuan Guru Ismail 
sedang membaca Ikrar Perguruan   dengan penuh semangat!

Cikgu Ajiez(aku) dan CIkgu Syafiq ( Abang Long)..huhu
Jurulatih Kanan daripada Gelanggang Felda Sg Behrang.
Dibelakang adalah anak-anak buah kami.

Antara pesilat - pesilat Gayung Ghaib Serantau Malaysia

Antara Pesilat-Pesilat Junior.

Cikgu Syafiq kiri dan Jurulatih kanan yang lain sedang
 menghadap Mahaguru untuk membuatpersembahan gerak silat,

Ibunda Seri Diraja(Baju Putih),Cikgu Eikin (depan)
,Serikanda Sakti(kanan)depan Sekali atif yg comey..
Penuh seni sembah tari dari Ibunda Seri Diraja,
Ada persamaan Dengan Datok Mahaguru.

Panglima Merah Dan Panglima Putih Daripada
 Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak
(Tetamu Jemputan).


Demo Lakonan pesilat oleh setiap gelanggang


Cikgu Eikin Dan Ain sedang bertarung!


Abang Radzi dan Cikgu Tain...


Seterusnya persembahan Aksi Lasak!!!
Jangan tiru aksi ini dirumah!!!


Salah seorang ahli sedang diuji ketahanan
badannya dengan besi!


Acara tumbuk kelapa!ini bukan Thaipusam taw,
pecah2 kelapa walaupun hari ni Thaipusam...hehehe


Acara Libas tebu dibelakang badan,termasuk saya..huhu.


Memecahkan Bata di atas dada...


Ngeri....
jangan tiru aksi ini dirumah..!!!


Seterusnya adalah acara lompat api!


Bak harimau yang sedang melompat..semangat dan keyakinan
 yang tinggidiperlukan untuk melompat gelung api ini..


Bergambar bersama Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan!!!


Bergambar kenangan beramai - ramai dengan setiap gelanggang...


Akhir sekali aku tunjukkan Demo Cikgu Ajiez (aku) vs Cikgu Syafiq
gambar agak gelap ckit ler..huhu..layan jer lah..zaaaaassssss.......


     Akhir sekali Terima kasih pada yang melihat blog saya...Acara Penamat besar - besaran
seperti ini akan diadakan hanya setahun sekali sahaja. Saya masih menunggu gambar -gambar
yang diambil oleh jurugambar kami..Masih banyak lagi  gambar - gambar yang ada..
Bersambung ye.. nanti ade gambar lagi saya tambah lagi.Saksikanlah yang mana ada dahulu..

     Peace Y
Assalamualaikum...