Friday 9 May 2014

2
Komen
JOM JALAN - JALAN KE BUKIT FRASER @@)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni saje je nak update pasal pengalaman pergi Bukit Fraser hari ahad minggu lepas.
Perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser mengambil masa kira - kira 45 minit dengan perjalanan sejauh 39 Kilometer.  Bukit Fraser terletak di negeri Pahang dan sempadan dengan negeri Selangor yang termasuk dalam Daerah Raub, Pahang. Bukit Fraser di beri nama oleh seorang kolonial British iaitu Louis James Fraser. Suhu sejuknya dianggarkan sekitar 17 - 25 darjah celcius. Sape yang rase panas dekat bawah tu boleh la naik atas ni, lagi- lagi musim kemarau...Memang layan......huhuu...

Kebanyakan Banglo- banglo, Homestay, Pejabat Pos kebanyakannya semua mengikut senibina British. Memang cantik tempatnya, seakan - akan berada di England plk..tak payah pergi jauh - jauh..huhu... Kebanyakan Geng- geng kereta dan motor besar selalu konvoi naik atas... Jalannya yang mencabar serta selekoh yang tajam, membolehkan kita bawak 30km je sejam.. Rajin - rajin la bunyikan hon dekat selekoh, takut - takut ada kereta atau motor yang laju di hadapan makan jalan anda lagi - lagi Lori balak atau bas...Dangerous!! Boleh jatuh gaung wooo... 3hari cari tak jumpe....huhu..

Bukit Fraser ni nak dibandingkan dengan  Cameron Highland, jauh beza.. Cameron Highland sekarang ni dah tak berapa sejuk macam dulu- dulu.. Jalannya juga Kerap Jam jika ada cuti umum atau cuti sekolah.. Bukit Fraser tidaklah semaju Cameron Highland, tapi aku lebih suka Bukit Fraser, sebab hutannya masih segar dan tiada aktiviti pembangunan disitu..Sesuai untuk pengunjung yang ingin menenangkan fikiran dari keserabutan Kota dan menikmati keindahan alam semula jadi dengan udaranya yang segar,,,,Di Bukit Fraser jugak terdapat track untuk Hiking..Antara yang menjadi tumpuan para Hikers adalah Gunung Pine Tree dengan ketinggian 1448 Meter...


Pengalaman naik motor pergi Bukit Fraser memang best dari naik kereta..Untuk merasa nikmat lagi kesejukannya, bukak sweater dan helmet..fuhhh...naiseeee...terasa kesegaran udaranya.. Aku takpe, kulit tebal....hehe...,. Jalan dekat Bukit Fraser ni agak sempit sikit dan agak sukar untuk kereta masuk ke sesetengah tempat. Dengan menaiki motorsikal Yamaha LC & Honda Ex5, merata tempat boleh pergi..Habis semua lorong - loroang aku redah...Syoknye....


Jom layan Gambor dulu...Auummm...


Google
Macam biasalah, kebanyakan orang yang naik Fraser,
Hiking Bukit Kutu atau Sg Chilling pasti akan singgah
breakfast disini dulu..Kedai mamak yang menjadi tumpuan.

Bertolak Dari KKB pukul 11.am...Agak lewat sikit..


Perjalanan akan sampai ke Empangan Kuala Kubu dan
boleh la berhenti bergambar dahulu..huhu.. Air Empangan
KKB surut teruk akibat kemarau yang berterusan.

 
Selepas Empangan KKB, Jangan lupa singgah
di Kawasan Perkelahan Sungai Chiling, Pertak.

Simpang naik ke Bukit Fraser. ( Laluan Naik )
Kalau dulu, laluan naik dan turun adalah laluan yang sama,
1 Jam naik dan 1 jam turun,..

Padang Golf di Puncak Bukit Fraser

Abam Sado...

Antara Home Stay yang terdapat 
di Bukit Fraser...Puncak Inn.


Minum Fresh Oren dulu.. dengan udara yang nyaman.....

Nasi Paprik. Harga tak ingat..tapi agak mahal dari kedai lain.
Kedai dekat atas ni memang agak mahal..huhu.

Soup daging mangkuk kecik sahaja RM6

Jangan lupe singgah di tempat ni..Boleh main
belon air or kereta kayuh....

Harga Mampu Milik..Jom Main...huhu...

Syok main lari - lari dalam belon ni..huhu..Di kolam ini juga
terdapat banyak ikan..antaranyaikan Talapia,liko dan keli...
Besar2 ikan dia...Boleh beli peletkat situ bagi makan...


Nak rehat tengok pemandangan bolehla
berhenti kat sini dulu..

Dilaluan turun ni boleh la singgah dulu di gerai ni
pekena rojak or goreng pisang.. Terbaekk..

Melintasi Jambatan Gap (Gaung yang sangat dalam)
terasa seperti terapung di udara.

Layan Corner Baring..

Meredah kabus tebal..ketaqqqq..

Possing dulu kt sini..Yahoo.com.....


Sekian sampai disini saja coretan aku untuk Episode Bukit Fraser nih..Kesimpulannya Bukit Fraser sesuai untuk orang yang ingin mencari ketenangan daripada kesibukan kerja dan bandar..Indahnya ciptaan Allah SWT untuk kita melihat kekuasaannya..
Sekian..Wassalam.. :D





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

  1. Lama tak menunggang jauh jauh.. apakah aku sudah tua? n bro..asal blog ni macam berat eh?

    ReplyDelete
  2. Sama la kita...Sekali sekala naik motor jalan jauh terasa jugak..tapi bila dah naik atas fraser ni memang hilang penat..udara segar, sejuk..memang best..
    Blog sy ni berat? tak tau la, mungkin terlalu banyak gambar kot..huhu...

    ReplyDelete