Monday 28 January 2013

2
Komen
Penamat Silat Besar-Besaran di Proton CIty

Majlis Penamat Silat bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia



Assalamualaikum..

            Syukur alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk menjayakan majlis penamat besar- besaran ini.Semuanya berjalan dengan lancar. Penamat silat besar-besaran ini menggabungkan semua gelanggang bagi Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia.Antara senarai gelanggang Pertubuhan adalah, Ibu Gelanggang Proton City ( tempat saya belajar silat ), Gelanggang Behrang Stesyen,Gelanggang Maahad Tahfiz Behrang Stesyen, Gelanggang Behrang 2020,Gelanggang Felda Sungai Behrang ( Gelanggang saya dan Gelanggang Cikgu Syafiq serta Cikgu Eikin yg datang membantu) Gelanggang SKTM,dan akhir sekali Ibu Gelanggang Selangor, Pasir Putih, Kalumpang dibawah pimpinan Cikgu Hasnol... Kenangan ini memang tidak dapat ku lupakan.suka dan duka perjuangan ini untuk meneruskan warisan melayu serta berkonsepkan Bersilat dan Berdakwah....


Ni Mesyuarat dekat rumah Datok Mahaguru. Mesyuarat
Terakhir tentang penamat silat besar besaran yang akan
 diadakan pada 26/01/2013.Mesyuarat ini
 pada hari isnin 21/01/2013.

Aku sebagai Penolong Setiausaha Pertubuhan..
.sedang memerah otak..huhu

Suasana pada petang Sabtu sebelum tibanya malam bersejarah
majlis tersebut.Datuk Mahaguru sedang memberi
arahan pada aku...(Xingat arahan apa) huhu...

Buku Program dan Kad Jemputan hasil daripada aku
 Penolong S/U dan Cikgu Eikin Setiausaha.Lepas ni
siapa-siapa nak buat kad jemputan kahwin ker bagi aku.
.dah taw step..cantik tak seperti gambar diatas... @@) huhuhu...

 Akhirnya malam yang dinanti telah pun tiba... Tuan Guru Ismail 
sedang membaca Ikrar Perguruan   dengan penuh semangat!

Cikgu Ajiez(aku) dan CIkgu Syafiq ( Abang Long)..huhu
Jurulatih Kanan daripada Gelanggang Felda Sg Behrang.
Dibelakang adalah anak-anak buah kami.

Antara pesilat - pesilat Gayung Ghaib Serantau Malaysia

Antara Pesilat-Pesilat Junior.

Cikgu Syafiq kiri dan Jurulatih kanan yang lain sedang
 menghadap Mahaguru untuk membuatpersembahan gerak silat,

Ibunda Seri Diraja(Baju Putih),Cikgu Eikin (depan)
,Serikanda Sakti(kanan)depan Sekali atif yg comey..
Penuh seni sembah tari dari Ibunda Seri Diraja,
Ada persamaan Dengan Datok Mahaguru.

Panglima Merah Dan Panglima Putih Daripada
 Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak
(Tetamu Jemputan).


Demo Lakonan pesilat oleh setiap gelanggang


Cikgu Eikin Dan Ain sedang bertarung!


Abang Radzi dan Cikgu Tain...


Seterusnya persembahan Aksi Lasak!!!
Jangan tiru aksi ini dirumah!!!


Salah seorang ahli sedang diuji ketahanan
badannya dengan besi!


Acara tumbuk kelapa!ini bukan Thaipusam taw,
pecah2 kelapa walaupun hari ni Thaipusam...hehehe


Acara Libas tebu dibelakang badan,termasuk saya..huhu.


Memecahkan Bata di atas dada...


Ngeri....
jangan tiru aksi ini dirumah..!!!


Seterusnya adalah acara lompat api!


Bak harimau yang sedang melompat..semangat dan keyakinan
 yang tinggidiperlukan untuk melompat gelung api ini..


Bergambar bersama Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan!!!


Bergambar kenangan beramai - ramai dengan setiap gelanggang...


Akhir sekali aku tunjukkan Demo Cikgu Ajiez (aku) vs Cikgu Syafiq
gambar agak gelap ckit ler..huhu..layan jer lah..zaaaaassssss.......


     Akhir sekali Terima kasih pada yang melihat blog saya...Acara Penamat besar - besaran
seperti ini akan diadakan hanya setahun sekali sahaja. Saya masih menunggu gambar -gambar
yang diambil oleh jurugambar kami..Masih banyak lagi  gambar - gambar yang ada..
Bersambung ye.. nanti ade gambar lagi saya tambah lagi.Saksikanlah yang mana ada dahulu..

     Peace Y
Assalamualaikum...








Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

  1. Wah...nmpk meriah sgt..tp gambar mcm gelap ckit..

    ReplyDelete
  2. tu la..mmg gelap...xleh pkai hnset abg....dh tgok ker video?huhuhu

    ReplyDelete