Salam 1 Beliaaa...
Program 1MYC telah diadakan
bersempena dengan pelancaran Tanjung Malim sebagai Bandar Belia. Program ni
berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan pelbagai aktiviti diadakan. Memang aku
tunggu2 jugak aktiviti ni dibuat dekat Tanjung Malim ni , lagi2 acara Favret
aku, Larian 10KM..huhu.. Dah ada Peluang ada buat program mcm ni dekat tempat
sendiri apa lagi, memang takkan lepaskan peluang la..dah la register pun RM15
je berbanding tempat- tempat lain yang aku dah masuk, macam Penang Bridge RM57,
Axa Run 10KM RM65, Melawati Run RM 65 dan semua boleh kata RM50 keatas
la..Menangnye tak jugak..haha...dah nak buat cam mane, dah minat....Zaman duit
sekarang, nak keluar peluh pon sekarang kena duit..
Yang menarik dengan Event ni
bukannya apa, hadiah dia tempat pertama RM500 tu, bayar RM15 je...Lagi satu,
hadiah die dari tempat 1- 20 dapat madel dengan RM50..Perghhh..Untuk perempuan
aku tengok memang tak ramai masuk, mau 20 orang lebih je kot. Terkejut jugak
aku tengok perempuan yang sehat2 pon dapat no 17 - 19...Memang dapat madel
dengan RM50 ler...Untuk Kategori lelaki pulak aku tengok agak ramai yang
power2..tengok badan fit2 semua dengan India punye group..aku tengok yang
datang tu siap ada group lagi, jauh2 pun ade datang...Memang agak payah la aku
nak dapat tempat 20 dengan perut aku pun semakin membesar..hahaha..nak jogging
asyik hujan je....
Start larian sepatutnya dalam
tentatif program tu pukul 7.30, tapi aku tengok orang masih lagi beratur nak
ambik baju, tapi yang agak mengecewakan sikit bila dah dapat baju, baju tu baju
t shirt belia yang kainnya bukan macam Jersey. Tapi nasib la ada member jaga
situ, Mintak dia baju Fit Malaysia...haha...dapat 3 baju la aku, satu baju
singlet tapi bukan kain Jersey.. Pukul 8.00am aku tengok masih belum mula lagi,
dimulakan dengan acara basikal 1MYC Fun Ride..Hmmmm.. Aku selalu jogging pagi2
kat Tasik Proton City tu aku dah taw matahari start naik 7.30...Aku kalau
matahari naik dah memang aku takkan jogging la, panas die tak hengat.!! Alergik
panas...Kulit kalau putih takper..huhuhu...Last2 tunggu punya tunggu 8.15am
baru die lepas untuk lari, masa tu matahari dah mula bersinar sikit....
Sampai dekat fly over Upsi,
terasa matahari terpacak atas kepala...Memang panas tak ingat la...Sepanjang
jalan panas, takde pokok ape nak berteduh...Aku mula Fadeup nak lari..Ni la
first time aku masuk larian yang lari tengah2 panas...Sebelum ni mana2 aku masuk,
6.30am dah mula lari, paling lewat pun pukul 7.00am la.. Last2 banyak berjalan
la aku, samapi je kat garisan penamat orang tu bagitau aku no 25...DAMN!!!
kalau aku tau baik aku push sikit, dapat madel ngan RM50 hengget..huhu...
Jumaat 18 Disember 2015
1. suppa duppa
2. pertandingan dan persembahan memadam api
3. persembahan
nasyid
4. forum
agama.
Sabtu 19 Disember
2011
1. larian 1myc 5km7km,10km
2. 1myc fun ride
2. 1myc fun ride
3. pertandingan mewarna 1myc
4. 1myc aerobikthon
5. bola jaring 1myc
6. 1myc street soccer
7. 1myc battle of the band
8. kejohanan badminton tertutup 1myc
9. paintballdan macam2 lagi..
Ahad 20 Disember 2015
1. Show Case of Talent,
2. Pertandingan memancing.
3. Autoshow.
Acara pebret aku...hihi..
tak dapat madel dengan RM50,
Dapat T-shirt sorang 3 helai dengan sijil jadi ler..
Ni Baru lepas lari...Muka Barai masing2..huhu
Aku harap akan diadakan lagi
program2 macam ni, terutamanya larian dengan pendaftaran murah..huhu..Aku rase
ni first time kot buat acara macam ni, tapi sambutan untuk permulaan ni aku
tengok kurang memuaskan lagi la, tengok penyertaan pun 10KM laki aku rase tak
sampai 100 orang..mungkin tak ramai yang tahu, lagipun tiada borang penyertaan
online.Bukannya larian sahaja, untuk acara- acara lain jugak kurang mendapat
sambutan, mungkin permulaan kot dan ramai yang belum tahu..harap2 diadakan lagi
la program macam ni..Amalkan budaya hidup sihat, Hndari dari segala asap,
terutamanya Vape! rokok! 125! RXZ! Aku cukup serabut dengan benda2 ni...
Majulah sukan untuk
negara..........
#takbur!
Hahh...! Lari macam obor2 mmg la tu je saki baki nombor yg tinggal kah..kah.
ReplyDeletehahaha....Dah tak boleh nak push dah..tengah2 panas lari...selalu orang lari pagi2 buta....
ReplyDelete