Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Hari ni saje je nak update pasal pengalaman pergi Bukit
Fraser hari ahad minggu lepas.
Perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser mengambil
masa kira - kira 45 minit dengan perjalanan sejauh 39 Kilometer. Bukit Fraser terletak di negeri Pahang dan
sempadan dengan negeri Selangor yang termasuk dalam Daerah Raub, Pahang. Bukit
Fraser di beri nama oleh seorang kolonial British iaitu Louis James Fraser.
Suhu sejuknya dianggarkan sekitar 17 - 25 darjah celcius. Sape yang rase panas
dekat bawah tu boleh la naik atas ni, lagi- lagi musim kemarau...Memang
layan......huhuu...
Kebanyakan Banglo- banglo, Homestay, Pejabat Pos kebanyakannya semua
mengikut senibina British. Memang cantik tempatnya, seakan - akan berada di England
plk..tak payah pergi jauh - jauh..huhu... Kebanyakan Geng- geng kereta dan
motor besar selalu konvoi naik atas... Jalannya yang mencabar serta selekoh
yang tajam, membolehkan kita bawak 30km je sejam.. Rajin - rajin la bunyikan
hon dekat selekoh, takut - takut ada kereta atau motor yang laju di hadapan
makan jalan anda lagi - lagi Lori balak atau bas...Dangerous!! Boleh jatuh
gaung wooo... 3hari cari tak jumpe....huhu..
Bukit Fraser ni nak dibandingkan dengan Cameron Highland, jauh beza.. Cameron Highland
sekarang ni dah tak berapa sejuk macam dulu- dulu.. Jalannya juga Kerap Jam
jika ada cuti umum atau cuti sekolah.. Bukit Fraser tidaklah semaju Cameron
Highland, tapi aku lebih suka Bukit Fraser, sebab hutannya masih segar dan
tiada aktiviti pembangunan disitu..Sesuai untuk pengunjung yang ingin
menenangkan fikiran dari keserabutan Kota dan menikmati keindahan alam semula
jadi dengan udaranya yang segar,,,,Di Bukit Fraser jugak terdapat track untuk
Hiking..Antara yang menjadi tumpuan para Hikers adalah Gunung Pine Tree dengan
ketinggian 1448 Meter...
Pengalaman naik motor pergi Bukit Fraser memang best dari
naik kereta..Untuk merasa nikmat lagi kesejukannya, bukak sweater dan
helmet..fuhhh...naiseeee...terasa kesegaran udaranya.. Aku takpe, kulit tebal....hehe...,.
Jalan dekat Bukit Fraser ni agak sempit sikit dan agak sukar untuk kereta masuk
ke sesetengah tempat. Dengan menaiki motorsikal Yamaha LC & Honda Ex5,
merata tempat boleh pergi..Habis semua lorong - loroang aku redah...Syoknye....
Jom layan Gambor dulu...Auummm...
Google
Macam biasalah, kebanyakan orang yang naik Fraser,
Hiking Bukit Kutu atau Sg Chilling pasti akan singgah
breakfast disini dulu..Kedai mamak yang menjadi tumpuan.
Bertolak Dari KKB pukul 11.am...Agak lewat
sikit..
Selepas Empangan KKB, Jangan lupa singgah
di Kawasan Perkelahan Sungai Chiling, Pertak.
Simpang naik ke Bukit Fraser. ( Laluan Naik )
Kalau dulu, laluan naik dan turun adalah laluan yang sama,
1 Jam naik dan 1 jam turun,..
Padang Golf di Puncak Bukit Fraser
Abam Sado...
Antara Home Stay yang terdapat
di Bukit Fraser...Puncak Inn.
di Bukit Fraser...Puncak Inn.
Minum Fresh Oren dulu.. dengan udara yang
nyaman.....
Nasi Paprik. Harga tak ingat..tapi agak mahal dari kedai
lain.
Kedai dekat atas ni memang agak mahal..huhu.
Soup daging mangkuk kecik sahaja RM6
Jangan lupe singgah di tempat ni..Boleh main
belon air or kereta kayuh....
Harga Mampu Milik..Jom Main...huhu...
Syok main lari - lari dalam belon ni..huhu..Di kolam ini
juga
terdapat banyak ikan..antaranyaikan Talapia,liko dan
keli...
Besar2 ikan dia...Boleh beli peletkat situ bagi makan...
Nak rehat tengok pemandangan bolehla
berhenti kat sini dulu..
Dilaluan turun ni boleh la singgah dulu di gerai ni
pekena rojak or goreng pisang.. Terbaekk..
Melintasi Jambatan Gap (Gaung yang sangat dalam)
terasa seperti terapung di udara.
Layan Corner Baring..
Meredah kabus tebal..ketaqqqq..
Possing dulu kt sini..Yahoo.com.....
Sekian sampai disini saja coretan aku untuk Episode Bukit
Fraser nih..Kesimpulannya Bukit Fraser sesuai untuk orang yang ingin mencari
ketenangan daripada kesibukan kerja dan bandar..Indahnya ciptaan Allah SWT
untuk kita melihat kekuasaannya..
Sekian..Wassalam.. :D